Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.” Anak perempuan itu berkata sendirian : “Aku tidak mengerti”. Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.” Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”

Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.” Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”

“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.”

“Ku berikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”


Hari ini, bila aku renung ke wajah bapaku, ku lihat betapa tabahnya dia m'besarkan aku...
hati aku menjadi sayu bila aku lihat rambutnya kian memutih...
di dalam hati aku berdetik,
sempatkah aku menjadi anak yang solehah kepadanya?
sempatkah aku berbakti kepadanya?
mampukah aku menggembirakan hatinya pabila di hujung usianya?
mampukah aku menjaganya sepertimana dia menjagaku kelak?
Hatiku menjadi bimbang sekiranya disaat Allah menarik nyawanya aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai anak dengan baik...

Aku sering mengeluh ketika dia mengingatkan aku dalam pelbagai perkara...
nasihat teman aku hiraukan...
namun di dalam kesusahan, nasihatnya aku ambil jadikan pedoman...
walaupun pada awalnya aku menghiraukan sahaja pesanannya...
aku percaya setiap apa yang dituturkan ada hikmahnya...

Hargailah bapa selagi mereka masih hidup...
Kerana Allah telah memberikan nikmat yang terbesar dengan mengurniakan ibubapa yang penyayang seperti mereka...
janganlah lepaskan peluang untuk menggembirakan hati mereka selagi mereka masih hidup...
doakanlah kesejahteraan mereka selalu...

selamat hari bapa walid...
maafkanlah segala keterlanjuran anakmu ini...
semoga Allah sentiasa merahmatimu dan melindungimu selalu...
semoga Allah memanjangkan usiamu dan diberikan kesihatan untuk sentiasa b'ibadah kepadaNya...
amin...


dari anakmu yang sangat menyayangimu...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”




Lots of Love

~Hatiku MilikNya Selamanya~


Pada suatu ketika dahulu, seorang ulama tasauf pernah ditanya mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah sedangkan mereka sering berdoa. Beliau menjawab, antara sebab-sebab doa tidak dimakbulkan ialah:

  1. kamu mengenal Allah, tetapi tidak melaksanakan haknya
  2. kamu sangka kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. kamu telah makan nikmat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  5. kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. kamu bangun dari tidur, lalu kamu menceritakan keaiban orang lain yang mana kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
  10. kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut.


Lots of Love
~HatikuMilikNyaSelamanya~

sdah hampir dua thun aku melihatnye dri jauh, aku melihat kejayaannya, melihat pershbtannya, aku melihat peribadinya dari jauh shja...timbul di sudut hati rasa kagum t'hdapnya...berserdhana dlam semua bnda...walaupun bkan satu aliran dgn aku, malah berlainan fakulti..aku melihat betapa b'sungguhnya dia menegakkan syiar Allah...

saban hari aku memujuk hati supaya tdak t'jatuh ke dlm jurang maksiat wat kesekian kalinya...namun atak kehendakNya, kami ditakdirkan b'shabt di akhir sesi pengajiannya..aku gembira dan b'syukur kerana ditakdirkan b'shbat dgnnya...

namun disebalik kegembiraan itu, aku cuba memastikan supaya tdak t'jtuh wat kesekian kalinya...aku kgsikan kegembiraan aku b'sama shbat baikku...alangkah baiknya waktu itu aku dikurniakan sahabat yg amat memahami aku...dia menasihati aku supaya b'hati2...supya aku tdk tewas dgn p'mainan hati sekali lg...

aku pgang kate2 shbt aku dan jdikan sbgai semngat...kehdiran dia di dlm hdupku memberi aku smngat...namun siapelah aku utk menentulan hidup ini utk m'jd bhagia mahupun derita..cuma kita sbg manusia yg memilih jln utk m'neruskan kehidupan ini...

baru2 ini aku mengetahui hatinye tlh dimiliki, aku merasa sdhi..namun di sudut hati aku t'detik...sesungguhnya Allah itu takdirkan lelaki yg baik utk pmpn yg baik...mgkn aku bkn yg t'baik buatnya...dan ade yg lbh baik buatku...namun semua itu, sring m'jd p'tanyaan dlm hdupku..siapakah orgnya? asal mana? bgaimana dia b'jaya menwan htnya?

aku b'syukur dikurniakan shabat yg sentiasa berada di sisiku ketika aku ssh dan sng...shbt aku sering m'jd tmpt aku b'gntung di saat aku t'jtuh...terima kasih sahabat...kehdiranmu amat aku hrgai, tiada apa yg mampu aku beri sbg ganti baktimu..hnya satu yg aku mampu hanya mendoakan semoga Allah aturkan yang t'baik dlm kehidupanmu...kerana itu, aku berterima kasih dia dan kamu...

seandainya benar p'khabaran itu, semoga kalian b'bhagia...mgkin itulah takdirku utk menjadi shbatmu bkn p'dmpingmu di dunia ini...semoga inilah yg terbaik buatmu yg telah direncanakan olehNya....

wallahu a'lam...



lots of love...
hatiku milikNya selamanya...
kalau kite cnt makhluk melebihi cnta Allah, Allah akan menarik balik nikmat tersebut..kerana Allah cemburu kite melebihkan makhluk dlm setiap perkara..kalau manusia tu kuat cemburu, Allah tu Maha Cemburu...die cemburu kite cintakan makhluk mlbhi Dia...sbb tu Allah dtgkan ujian pd kite utk kite kmbali ke tikar sejadah smbil merintih kpadNya yg mana Allah sgt suke m'dgr rintihan hambaNya...

tulah salah satu, pesanan sahbt sy wktu sy t'jtuh krana mengejar cnt manusia shgga lupe pd Allah...bile sy terleka mengejar cnt manusia, Allah dtgkan ujian dgn pemergian si dia...sy t'jtuh, menangis setiap hari, b'murung, mogok xmau makn dan sbginya...

lame kelamaan sy mula sdar, bile t'igt kate2 shbt sy 2...sy kembali b'istighfar dan mengambil pendkatan utk kembali ke jalan sbnar dan niat yang satu kerana Allah...saban hari sy menyesali dgn tindakan sy dahulu, yg lebih memndg makhluk dr Allah..memilih utk lemah daripada kuat...

mungkin Allah nak tnjukkan pd sy, mcm ane ghupe sy wktu frust dulu...Allah dtgkan kpd sy seorg shbt yg wktu tu ditggalkan kekasihnye...keadaan die wktu 2 x terurus, mengis teresak2...wktu itu yg ade dlm kpla sy kate2 shbt sy dulu, kemudian sy bg kate2 itu td pd shbt sy 2...Alhamdulillah, skrg die kembali teng..

bile difikirkan secara positifnya, sbnrnye lelaki itu bkan yg t'baik utk kite..dan Allah nak kurniakan seorg suami yg soleh yg boleh memimpin kite ke jalan Allah...namun, kite juga perlu menjadi yg terbaik utk mendpt yg t'baik...jalnnye, dngan b'munajat kepada Allah...memohon kpadaNya..jgn mengeluh bila lmbt dimakbulkan doanya...tetapi b'sykur sbb Allah msih sygkan kita dgn menyelmtkan kita dr terus melakukan maksiat dan dosa...

pas2, Allah nak kite kembali pd Dia...merintih pdNya...bkn Dia xmau memakbulkan doa kite..cume memberi sedikit ujian utk menikmati sedikit kenikmatan...

"bile KEKUATAN yg dipohon, Allah berikan RINTANGAN untuk dihadapi...
bila KEBIJAKSANAAN dipohon, Allah berikan MASALAH utk diselesaikan...
Bila KASIH Allah dipohon, Allah berikan DUGAAN utk dihdpi...
dan setiap yg diphon pasti diuji, supaya kita lbh dekat dgnNya.."

selamat bermujahadah...wallau a'lam....



lots of love...
-hatikumilikNya_selamanya-
sangat cantik,

muslimah sejati yang menjaga maruahnya,
yang menjaga auratnya,
muslimah yang cantik akhlaknya,
muslimah yang cantik tutur katanya...

sangat cantik,
jika muslimah itu bersabar ,
untuk menahan daripada mengikut hawa nafsu,
mendapat cinta daripada seorang lelaki,
yang tidak pasti dia adalah muslim,
yang dapat memimpinnya ke syurga...

sangat cantik,
jika dia meneruskan keperibadiannya,
hingga sampai masa,
Allah membalas kesabarannya,
dalam menunggu cinta,
dengan menghadiahkannya,
dengan seorang muslim sejati,
yang berpegang kepada ajaran islamnya,
yang setia kepada yang Esa,
dan ketika itu barulah muslimah itu sedar,
yang itulah lelaki yang diidamkannya.

About